32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

MPV curi lembu terbakar, individu dalam video tular diminta tampil

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU yang dilihat di dalam video tular membabitkan kejadian sekumpulan lelaki dipercayai penduduk kampung bertindak membakar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey di Neram susulan mencuri lembu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Terengganu.

IPD Kemaman dalam satu hantaran di Facebook hari ini membuat pengumuman mesra berkenaan.

“Salam Ukhwah Ramadhan Kemaman. Abam (Abang) payung video tindakan luar biasa di bulan Ramadhan oleh sahabat handai di kawasan Neram… Bagi menjernihkan kekeruhan kita nak minta individu-individu yang terlihat di dalam video ni tampil ke IPD Kemaman.

“… sambil- sambil mengeratkan silaturahim dan bertemu dengan Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang boleh di hubungi di talian 0105426362, Inspektor Nadia dan 0126966849 ,Insp Ong iaitu Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Daerah Kemaman,” kongsinya hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, individu terlibat tidak perlu risau dan perlu berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

“Jangan risau atau bimbang, berani kerana benar…. Maruah di junjung….. Hak dipertahanankan,” kongsinya.

Terdahulu, media melaporkan padah kerana mencuri lembu, sekumpulan lelaki dipercayai penduduk kampung bertindak membakar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Info Bencana Terengganu, kenderaan tersebut dipercayai digunakan oleh beberapa individu untuk mencuri lembu di sebuah ladang kelapa sawit.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu, bagaimanapun tidak dinyatakan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan