30 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

3,281 calon gagal tapisan lantikan tetap pegawai perubatan – SPA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 3,281 calon yang tidak berjaya melepasi tapisan bagi permohonan pelantikan tetap jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/UD41 akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses tapisan akhir.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam satu kenyataan memaklumkan, sekiranya semakan KKM mendapati calon memenuhi semua syarat ditetapkan, status calon akan dikemaskini dalam SPA9 dan seterusnya dipanggil untuk temu duga.

Menurut kenyataan berkenaan, calon boleh menyemak status terkini permohonan mulai Jumaat, 22 April ini.

“SPA juga bersetuju untuk mengeluarkan pilihan senarai pendaftaran penuh/sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) daripada proses permohonan ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/41.

“Oleh itu, KKM perlu membuat semakan pengesahan pendaftaran penuh dengan MMC ke atas setiap calon yang akan dikemukakan oleh SPA,” katanya hari ini.

SPA memaklumkan, pada 16 Mac lalu, sejumlah 10,593 permohonan sudah diterima, sementara 3,281 calon didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan MMC dan bidang pengkhususan perubatan iaitu syarat wajib untuk lantikan tetap.

Baca juga:   'Saya tahu tidak cukup, tetapi saya cuba bantu'

Menurut kenyataan berkenaan, sejumlah 1,587 calon pula didapati tidak melepasi tapisan ditetapkan KKM antaranya calon sudah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016 serta sudah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara.

“Calon yang tidak melepasi tapisan berpunca daripada maklumat pendaftaran penuh tidak dilengkapkan atau mengisi pendaftaran sementara dengan MPM; pemilihan bidang pengkhususan tidak tepat.

Baca juga:   Kerajaan serius tangani isu kepupusan Harimau Malaya

“Calon tidak melengkapkan proses permohonan dengan menekan butang hantar selepas permohonan dikemaskini yang menyebabkan sistem merekodkan permohonan terakhir yang dihantar,” katanya.

Syarat lain ditetapkan ujarnya, calon adalah lantikan kontrak mulai 2016 hingga 2018 saja, calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh kontrak serta calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap.

“Tapisan dilaksanakan bagi memastikan hanya calon yang mempunyai kelayakan yang ditetapkan sahaja dipanggil untuk temu duga.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Perubatan, Bahagian Pengambilan, SPA di talian 03-8091 9000/9415 (waktu pejabat) atau e-mel [email protected],” katanya.-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bajet 2023 : Bantuan BAP tanpa kira pendapatan, KPM beri reaksi positif

SEMUA murid akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tanpa mengira pendapatan ibu bapa mulai tahun depan dan dijangka memanfaatkan...

Lagi Artikel Berkaitan