29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

6,036 pegawai, pakar perubatan letak jawatan sejak 2018

Mesti Baca

SERAMAI 6,036 pegawai perubatan dan 890 pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) meletak jawatan sejak 2018 hingga 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, dalam tempoh sama juga seramai 1,651 pegawai farmasi KKM meletakkan jawatan.

Beliau berkata, antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, menerima tawaran menjadi pensyarah institusi pengajian awam dan swasta, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara serta membuka klinik atau farmasi sendiri.

“KKM turut ambil maklum isu berbangkit peletakan jawatan ini disebabkan suasana atau persekitaran kerja di kementerian. Saya lihat isu ini adalah universal, kita tidak dapat halang mereka berhijrah untuk pendapatan yang lebih baik dan persekitaran kerja yang lebih kondusif,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Md Nasir Hashim yang mahu kementerian menyatakan apakah punca doktor dan ahli farmasi mengambil keputusan berhenti daripada perkhidmatan di hospital kerajaan dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan, di Dewan Negara.

Lukanisman pada masa sama, mengakui terdapat juga pegawai menyatakan alasan peletakan jawatan mereka kerana merasakan diri dibuli ketika bertugas, selain tekanan tugas berat sehingga merasakan KKM tidak mampu menjaga kebajikan pekerja.

“Bagaimanapun untuk kes-kes seperti ini, kita sedia membantu mereka dan beri peluang untuk bertugas.

“KKM juga sedang mencari solusi berkaitan insiden buli sehingga membawa kepada peletakan jawatan.. buat masa ini kita sudah ada sistem iaitu pegawai boleh memanjangkan aduan mereka sekiranya terdapat masalah atau isu dalam fasiliti KKM,”katanya.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan