Thursday, July 23, 2026

PRN: PN sasar tawan tiga negeri

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) mensasarkan untuk menawan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, PN juga akan berusaha untuk merampas di tiga negeri lagi yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kekalkan kemenangan di tiga negeri, tawan tiga lagi negeri InsyaAllah,” katanya ringkas menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Fadhli juga memaklumkan Majlis Tertinggi PN telah mengisytiharkan kempen ‘Siapsiaga 100 Hari Gempur PN Best!’ sebagai persediaan menghadapi PRN yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional malam tadi, serentak pengisytiharan Siapsiaga 100 Hari Gempur sempena PRN di enam negeri,” ujarnya. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan