32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Thai Hot Guy’: Cucu Tun Razak kesal, minta siasatan segera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Datuk Seri Najib menyatakan kekesalannya terhadap penganjuran promosi pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang turut menggunakan nama datuknya Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai bahan promosi.

Sehubungan dengan itu, beliau yang juga anak bekas mantan Perdana Menteri berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras kepada pihak penganjur agar perkara ini boleh dihalang dan dibanteras mengikut kaedah perundangan negara.

“Tular iklan promosi pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac 2023 ini di sebuah kelab bertempat di Ibu negara.

“Saya membantah sekeras kerasnya pertunjukkan seperti ini tambahan di bulan Ramadan yang kini menghampiri, di mana adalah lebih afdhal mempromosikan majlis ilmu mahupun majlis yang mempunyai pengisian agama,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambahan pula kata beliau, menggunakan nama datuknya Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai bahan promosi adalah perkara yang memalukan keluarga dan ianya amat tidak wajar sama sekali

Baca juga:   Rakyat diingat tidak termakan hasutan pembangkang

“Menggunakan nama Tokda Allahyarham Tun Abdul Razak saya sebagai bahan mahupun artikel promosi adalah sangat memalukan keluarga besar saya.

“Ini adalah sangat sangat tidak wajar dan saya melihat ia satu penghinaan buat Allahyarham sendiri… kecewa dan sedih, itu yang bersarang dalam hati saya.

“Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras kepada pihak penganjur agar perkara ini boleh dihalang dan dibenteras mengikut kaedah perundangan negara kita.

Baca juga:   Zii Jia berdepan 'pembunuh gergasi' malam ini

“Kita tidak sesekali bermaksud untuk menghalang mereka yang bukan beragama Islam untuk berhibur, namun perlu ada kewajaran dalam meluluskan hiburan seperti ini dalam kehidupan di negara yang berbilang agama serta bangsa,” tambahnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan