28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Jawi siasat penganjur kelab libat ‘Thai Hot Guy’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah diarahkan menjalankan siasatan ke atas penganjur pelancaran sebuah kelab yang melibatkan ‘Thai Hot Guy‘.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Na’im Mokhtar berkata, Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

“Penganjuran acara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam serta tatasusila masyarakat.

“Apatah lagi dalam suasana umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan yang dipenuhi dengan kemuliaan, penganjuran acara berkenaan amat mendukacitakan serta tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebuah bar baharu di Kuala Lumpur sebelum ini menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menggunakan model ‘Thai Hot Guy’ yang merupakan tetamu undangan penghias poster mereka.

Advertisements

Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai yang mengkritik tindakan tersebut sehingga memaksa penganjur menutup ruangan komen mereka di Facebook.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mendesak penganjur membatalkan program berkenaan dan berjanji akan mengambil tindakan jika mereka berdegil untuk meneruskan program tersebut.

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa campur tangan bagi membatalkan penganjuran program tersebut.

Tinjauan Edisi 9 ke Facebook kelab berkenaan mendapati poster pelancaran yang dimuat naik sebelum ini telah dipadamkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan