32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor berjaya menahan sebuah kapal kargo yang berlabuh tanpa kebenaran.

Kapal itu ditahan pada kedudukan kira-kira 17.1 batu nautika barat Sekinchan sekitar jam 4.10 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu adalah hasil maklumat Area Control Centre (ACC) SWASLA Klang yang mengesan kedudukan kapal mencurigakan kira-kira jam 2.30 petang.

“Pihak Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) memaklumkan, kapal kargo itu tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi seterusnya menahan kapal kargo yang tertera tanda nama TAO BRAVE pada badan kapal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kapal itu difahamkan dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Pelabuhan Klang.

Baca juga:   Tun Mahathir minta individu aktif dalam NGO undi Pejuang

“Pemeriksaan ke atas kapal itu mendapati 22 kru lelaki termasuk nakhoda berusia di antara 27 hingga 62 tahun adalah warga Filipina dan kesemuanya mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun daripada pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca juga:   Ahmad Said pilihan tunggal BN untuk 'poster boy' Terengganu

“Perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan manakala kapten serta seorang kru kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Negeri Selangor sentiasa terpelihara.

“Pengusaha perkapalan atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum melakukan sebarang aktiviti di perairan Malaysia.

“Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03- 31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas. – Edisi 9

Baca juga:   5 nelayan warga Myanmar dicekup di perairan Kuantan

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan