25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Kylian Mbappe dinamakan kapten baharu Perancis

Mencipta sejarah memegang lilitan kapten termuda dalam sejarah bola sepak Perancis.

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JURULATIH Perancis, Didier Deschamps melantik penyerang muda sensasi, Kylian Mbappe sebagai ketua pasukan baharu skuad Les Bleus.

Lantikan itu dibuat bagi menggantikan Hugo Lloris yang mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa setelah menabur bakti bermula tahun 2008 hingga 2022.

Mbappe memain peranan penting dalam membantu Perancis muncul juara pada Piala Dunia 2018 di Russia pada usia 19 tahun menerusi jaringan cantik ketika menewaskan Croatia 4-2.

Pada Piala Dunia 2022, Mbappe mengekalkan prestasi cemerlang dengan muncul penjaring terbanyak sekaligus memenangi Kasut Emas serta meledak hatrik pada aksi perlawan akhir bertemu Argentina namun hanya berpuas hati bergelar Naib Juara.

Mbappe kini mencipta sejarah memegang lilitan kapten termuda dalam sejarah bola sepak Perancis.

Untuk rekod, Mbappe sudah mencatakan 36 gol dan mengumpul 66 kaps buat Perancis dan berpontensi untuk memenangi Anugerah Ballon d’Or untuk beberapa musim akan datang. – EDISI9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan