25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Gabriel Attal menjadi PM paling muda di Perancis

Mesti Baca

GABRIEL Attal bakal mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri paling muda di Perancis selepas pelantikan sosialis, Laurent Fabius ketika beliau berusia 37 tahun oleh Francois Mitterrand pada 1984.

Attal, 34, terpilih sebagai Perdana Menteri baharu Perancis dalam usaha Presiden Emmanuel Macron untuk memulihkan popularitinya.

Pemimpin itu bakal menggantikan Elisabeth Borne, 62, yang berundur pada Isnin selepas memegang jawatan selama 20 bulan.

Perubahan mengejut itu dilakukan menjelang Sukan Olimpik di Paris dan Pilihan Raya Parlimen Eropah dijadualkan pada musim panas akan datang yang mana pasukan Macron ‘terancam’ dengan gerakan haluan kanan di bawah pimpinan, Marine Le Pen.

Advertisements

Difahamkan, rombakan Kabinet lebih luas dijangka berlaku pada minggu ini.

“Attal turut dipertanggungjawabkan untuk membentuk kerajaan,” kata kenyataan pejabat presiden.

Menteri Pendidikan itu dijangka membawa perubahan besar kepada pejabat Perdana Menteri selepas Borne menjadi wanita kedua memimpin Perancis. -Agensi

Advertisements

Terkini

Antara T15 dan si mahakaya: Siapa hilang kelayakan subsidi?

Oleh DR MUHAMMAD ASHRAF KHALID BARU-BARU ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan