27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Pelajar USIM santuni penduduk Orang Asli Sungai Gabai

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SERAMAI 30 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini mengadakan program khidmat masyarakat Orang Asli di Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor.

Program yang bertemakan We Share We Care itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Adat Budaya Malaysia (NGO).

Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terlibat agar lebih berkeyakinan dan berani dalam mengendalikan program pada tahap lebih professional.

Salah seorang peserta program, Safuwan Shakir berkata, program tersebut memberi impak yang besar serta kesedaran buat mahasiswa supaya sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang sedia ada.

“Melalui program ini, kami dapat mengasah kemahiran komunikasi dengan menyantuni kanak-kanak dengan lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan bersama mereka.

Advertisements

“Kami juga didedahkan dengan cara bagaimana meredah hutan dan ikhtiar hidup ketika sesat di dalam hutan, dan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika dapat merasai air mata air buat pertama kali,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, penasihat program, Yusri Shamsudin berkata, program seperti itu diharapkan dapat terus dianjurkan untuk para pelajar USIM.

“Secara amnya, pelajar dapat melihat tatacara kehidupan mereka sekaligus dapat menyebarkan dakwah secara tidak langsung kepada mereka selain daripada memberi sumbangan berupa pakaian dan sebagainya.

“Saya berhasrat agar mereka mendapat satu inisiatif dalam diri mereka untuk mengendalikan program-program seperti ini melalui kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari justeru dapat melahirkan graduan yang holistik pada masa akan datang,” katanya lagi.

Program ini telah diakhiri dengan slot kelas Bahasa Melayu bersama Shahrul Fazli selaku Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia. – Nurhidayah Yusoff (USIM)/Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan