31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kenaikan paras air laut di Malaysia ancaman kepada bumi

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Oleh NUR SHAFIQAH ABDU

KENAIKAN paras air laut merupakan isu global yang semakin mendapat perhatian serius dalam pembahasan keberlanjutan dan kelestarian bumi.

Malaysia merupakan sebuah negara maritim yang terkenal dengan keindahan pantai dan kehidupan marinanya.

Sebagai sebuah negara maritim yang mempunyai garis pantai terpanjang di dunia sepanjang 4,675 kilometer di mana 2,068 kilometer di Semenanjung dan 2,007 di Sabah dan Sarawak juga tidak terhindar dari ancaman terbesar fenomena ini.

Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bahawa purata kenaikan aras laut bagi tahun 2000 hingga 2050 adalah 0.25 meter, iaitu bersamaan dengan lima milimeter setahun.

Satu kajian yang diterbitkan oleh National Geographic pada 15 Februari 2022 menunjukkan purata paras laut global akan meningkatkan sehingga 1 kaki atau 0.3meter pada tahun 2050.

Tetapi menurut Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), peningkatan paras laut pada tahun 2100 adalah 1.1meter atau lebih 3 kaki. Akibatnya 1.1 bilion penduduk dunia akan terdedah kepada banjir akibat peningkatan tersebut.

Akar Penyebab Kenaikan Paras Air Laut di Malaysia

Sedar ataupun tidak, pemanasan global merupakan penyumbang terbesar kenaikan paras air laut di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Pemanasan global adalah peningkatan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera bumi yang melibatkan gas karbon dioksida (CO2), klorofluorokarbon (CFC) dan bahan-bahan pencemar lain.

  1. Pencairan Glasier
    Pemanasan global telah menyebabkan peningkatan suhu di Malaysia dan telah mengakibatkan perncairan glasier dan ais di daratan terutamanya di Kutub Utara dan Selatan.

Air yang dilepaskan dari proses ini akhirnya mengalir ke lautan sehingga menyebabkan paras air laut meningkat secara sedikit demi sedikit.

Selain pencairan glasier di daratan, ais di permukaan laut juga boleh menjadi penyumbang peningkatan paras air laut apabila ia mencair.
Walaupun ais di permukaan laut ini tidak menyumbang kepada peningkatan paras air laut secara langsung, namun pencairan ais ini dapat memberi kesan kepada perubahan paras air laut.

  1. Pembakaran Bahan Bakar Fosil
    Aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti pembakaran bahan bakar fosil mangeluarkan pelbagai gas termasuk gas karbon dioksida (CO2) ke dalam ruang udara bumi.

Semasa pembakaran, gas karbon dioksida (CO2) dan gas lain telah membentuk gas rumah hijau. Keadaan ini menyebabkan gas-gas tersebut terkumpul di atmosfera bumi.

Gas rumah hijau bertindak sebagai selimut bagi bumi kerana ia mengekalkan haba daripada matahari yang masuk ke dalam atmosfera.
Namun, peningkatan aktiviti manusia menyebabkan jumlah gas rumah hijau dalam atmosfera telah meningkat, alhasilnya pemanasan global berlaku.

Pemanasan global ini memberi kesan kepada lautan kerana ia bertindak sebagai penyerap haba utama. Apabila lautan menyerap haba, air di dalamnya menjadi lebih panas.

Seperti bahan lain, air juga membesar apabila dipanaskan, fenomena ini dikenali sebagai ekspansi termal. Oleh itu, air laut yang meningkat menyumbang kepada peningkatan keseluruhan paras laut.

Kesan Kenaikan Paras Air Laut di Malaysia

Kenaikan paras air laut di Malaysia merupakan salah satu fenomena yang besar dan memberi impak yang mendalam terhadap manusia dan alam sekitar.

Kesan-kesan ini bukan sahaja bersifat fizikal, namun ia juga melibatkan pelbagai sektor seperti hidupan laut dan ekonomi.

Advertisements

Kenaikan paras air laut di Malaysia menyebabkan perubahan fizikal yang mengakibatkan banjir di kawasan rendah dan persisir Malaysia seperti Terengganu, Kedah dan Selangor.

Fenomeno kenaikan paras laut mengundang kejadian banjir dan bencana alam lain. – Gambar hiasan

Selain itu, fenomena ini juga menyebabkan berlakunya proses erosi pantai. Erosi pantai merupakan satu proses penghakisan tanah di kawasan pantai akibat daripada gelombang, arus air laut dan manusia.

Antara kawasan yang kritikal dengan erosi ini adalah kawasan pantai sekitar Bachok, Kelantan, Pantai Puteri, Melaka dan Seberang Takir di Kuala Nerus, Terengganu.

Kesan kepada hidupan laut juga sangat mencemaskan kerana hidupan laut adalah satu aspek penting dalam konteks ini.

Peningkatan jumlah gas karbon dioksida (CO2) di udara menyebabkan kenaikan suhu air laut apabila gas tersebut meresap masuk ke dalam laut.

Perubahan suhu air laut yang mendadak dan kenaikan paras air laut boleh menyebabkan gangguan kepada hidupan marina seperti terumbu karang dan ikan.

Terumbu karang merupakan tempat tinggal bagi 25 peratus hidupan laut seperti ikan, cacing dan moluska, dan ia bertindak sebagai benteng serta perlindungan pantai daripada ombak yang kuat.

Kelunturan terumbu karang akan merugikan bukan sahaja hidupan laut bahkan masyarakat dari segi keselamatan.

Hal ini turut memberi kesan kepada kemusnahan pantai yang sebelum ini dihiasi dengan pelbagai warna terumbu karang dan spesies hidupan laut lain.

Kenaikan paras air laut juga memiliki kesan negatif kepada sektor ekonomi. Hal ini mengancam kegiatan perikanan dan pelancongan di kawasan yang terjejas.

Industri perikanan antara yang terjejas akibat daripada kerosakkan terumbu karang dan kurangnya hidupan laut seperti ikan di kawasan laut.

Masyarakat yang paling terjejas akibat fenomena ini ialah para nelayan kerana pekerjaan ini merupakan punca bagi pendapatan mereka.
Fenomena ini tidak hanya memberi kesan kepada sektor ekonomi tetapi menyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan di Malaysia.

Kemusnahan terumbu karang akibat fenomena air pasang. – Gambar hiasan

Sektor pelancongan juga tidak dapat lari daripada kesan fenomena ini. Hal ini kerana, sektor pelancongan bergantung kepada keindahan pantai dan pulau.

Kelunturan terumbu karang dalam laut menyebabkan keindahan pantai dan pulau semakin berkurang sekaligus menjejaskan sektor pelancongan apabila tiada daya tarikan untuk pelancong datang ke Malaysia.

Kesimpulannya, kenaikan paras air laut di Malaysia bukan sahaja tanggungjawab pihak tempatan namun perlu diingatkan bahawa isu ini merupakan isu global yang kian mendapat perhatian serius dalam kalangan masyarakat.

Dalam menghadapi isu ini, pihak bertanggungjawab di Malaysia perlu mengatur langkah dengan segera agar perkara ini tidak menjadi lebih teruk dan serius.

Diingatkan semula bahawa hanya dengan tindakan bersama dan komitmen global barulah kita dapat melindungi bumi daripada kerosakkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan