28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Perancis haramkan jualan iPhone 12 sehingga notis dikeluarkan

Mesti Baca

PERANCIS mengarahkan Apple menarik balik penjualan iPhone 12 selepas ujian mendapati model itu menghasilkan tahap sinaran melebihi had, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Jean-Noel Barrot di X (dahulunya Twitter) berkata, pemasaran iPhone 12 telah dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kemas kini untuk semua peranti yang terjejas.

Barrot meminta Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR), iaitu badan pemerhati radiasi Perancis untuk ‘menguatkuasakan peraturan itu demi memastikan larangan ini dihormati’.

Sebelum itu, ANFR memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa baru-baru ini ia menyemak Kadar Penyerapan Khusus (SAR) 141 telefon, termasuk iPhone 12.

Advertisements

SAR mengukur tenaga yang dikeluarkan oleh gelombang elektromagnet dan diserap oleh tubuh manusia.

“Berikutan kegagalan ini, Apple dikehendaki menarik balik mana-mana unit yang telah dijual,” menurut ANFR.

Di Eropah, apabila telefon dipegang di tangan atau dalam poket seluar, ia mesti mempunyai tahap sinaran 4 watt sekilogram, manakala ANFR mendedahkan bahawa jumlah sinaran dikeluarkan iPhone12 sekitar 5.74 W/kg. -Agensi

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan