32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

EcoWorld anjur #AnakAnakMalaysia 2023 sempena Merdeka

Mesti Baca

ECOWORLD meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan penganjuran kempen tahunannya, #AnakAnakMalaysia 2023 (#AAM).

Kempen yang bermula sejak 2015 itu dengan idea awal adalah untuk menyemai semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagi 2023, sembilan tahun berlalu dan selepas pandemik, #AAM 2023 telah beralih daripada memakai gelang tangan patriotik dan berjalan bersatu kepada menyokong perniagaan tempatan dan menjadi sebahagian daripada perubahan positif dalam menjadikan dunia tempat yang lebih hijau.

Kempen #AAM kali ini bertemakan #ActionGreeneration, mencerminkan objektif pemaju hartanah itu yang mementingkan alam sekitar dan mempromosikan tempat untuk tinggal, kerja, beriadah dan belajar serta lestari sambil mencetuskan perubahan bermakna dalam individu dan komuniti.

EcoWorld berkata, beberapa tahun kebelakangan ini, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) telah menjadi topik hangat dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai keperluan untuk melindungi alam sekitar kita dan menerima kelestarian.

Advertisements

“Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia memberi peluang besar untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat kita mengambil tindakan ke arah masa depan yang lebih hijau.

“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk berkumpul secara kolektif dan berusaha ke arah mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik,” kata pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan.

Antara acara menarik yang diadakan sempena #AAM 2023 di Eco Grandeur termasuk bazar hijau pertama dikuasakan kenderaan elektrik (EV), Ketuk-Ketuk Festival by RIUH, Electric Vehicle Gathering Festival dan persembahan secara langsung oleh Leaism, HelloLuqman, Angel X Rocksta, Liesl-Mae, Khodi, Amrita Soon, Wan Sin Hoe dan Site Specific Dance!.

#AAM2023 juga sedang berlangsung di galeri EcoWorld lain di Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan