31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Usah jadi ejen luar, sama-sama jaga kedaulatan negara

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Oleh MUHAMMAD PEHIMI YUSOF

DALAM isu tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah, penentangan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia menggambarkan satu usaha yang bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Malaysia melalui Kementerian Undang-undang dan Reformasi Institusi jelas tidak tunduk kepada mana-mana desakan yang menggugat kedaulatan negara walaupun perlu membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa.

Ini sangat bertepatan dengan prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang.

Ketegasan Malaysia tidak membenarkan sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang cuba memperkecilkan negara ini sebagai sebuah negara berdaulat dan sah.

Oleh itu, menjadi harapan agar rakyat negara ini sedar bahawa kerajaan akan bertindak tegas dan mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk melindungi kedaulatan daripada di ceroboh pihak asing.

Hal ini sama ada melalui cara penguatkuasaan undang-undang mahupun menangani ancaman keselamatan secara tindakan ketenteraan.

Advertisements

Dalam hal ini rakyat juga perlu memainkan peranan yang sama menjaga kedaulatan negara dengan tidak menjadi ejen luar yang boleh membuka ruang pencerobohan di dalam negara.

GONZALO STAMPA

Setiap rakyat haruslah mempunyai jatidiri yang kuat dan sikap sayangkan negara ini daripada kembali dijajah seperti dulu.

Kerajaan Malaysia akan terus memastikan bahawa kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara dilindungi pada setiap masa.

Pada 8 Januari lalu, Malaysia melakar satu lagi kejayaan bersejarah di Sepanyol selepas Mahkamah Jenayah Madrid memutuskan bahawa Dr. Gonzalo Stampa bersalah dalam prosiding menghina mahkamah yang dibawa oleh Pejabat Pendakwa Raya Sepanyol dan Malaysia.

Mahkamah Jenayah Madrid menjatuhi hukuman penjara enam bulan ke atas Stampa dan melarang beliau daripada menjalankan tugas sebagai penimbang tara selama setahun kerana secara sedar dan sengaja mengingkari perintah dan keputusan Mahkamah Tinggi Keadilan Madrid.

Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Madrid yang mendapati penimbang tara ‘tidak beretika’ Stampa bersalah menghina mahkamah serta dihukum penjara enam bulan dan menyifatkannya sebagai kejayaan penting prinsip kedaulatan undang-undang. – Edisi 9


Datuk Muhammad Pehimi Yusof adalah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan