25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Vape: PHM kesal kita tidak setegas negara jiran

Pakar perubatan, NGO dan masyarakat prihatin telah memberi amaran sekian lama mengenai ancaman vape kepada generasi hadapan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUBLIC Health Malaysia (PHM) meluahkan kekesalan kerana kegagalan Malaysia bertindak berani dan tegas seperti negara jiran iaitu Singapura dan Thailand dalam mengharamkan penjualan vape (rokok elektronik).

PHM berkata, pakar perubatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat prihatin telah pun memberi amaran sekian lama mengenai ancaman vape kepada generasi hadapan.

“Harapan yang masih ada adalah supaya Akta Kawalan Tembakau dibentang segera dan GEG di teruskan,” katanya dalam Facebook hari ini.

PHM turut berkongsikan video pendek berdurasi 40 saat memaparkan murid serta pelajar sekolah yang “bangga” menghisap vape atau rokok elektronik itu.

Dengan mukadimah bahaya yang dijemput itu, seorang pemilik akaun media sosial dipercayai guru memberi komen kebenaran tentang bahaya vape kepada generasi muda khususnya pelajar sekolah.

“Betul. Ada pelajar saya jadi separuh gila. Meracau, bibir jadi putih, badan kejang macam sawan. Ingatkan nak mati dah.

“Jenuh urut dan tenangkan dia sampai ambulans sampai. Cemas betul masa tu. Dua, tiga hari lepas tu baru tahu pasal vape mushroom ni.

Advertisements

“Rupanya budak ni hisap vape tu dalam tandas,” kongsi Saifullah Kamanoordin.

Bahkan, komen dari seorang pemilik akaun yang terkejut dengan kesan vape ke atas ahli keluarganya yang sebelum ini tidak pernah diserang sakit kepala serta muntah-muntah dalam tempoh yang sama.

“Bila diselidik, dia hisap perisa baharu katanya. Dapat dari kawan terus jadi macam tu. Bila ingat balik rasa takut,” kata Anis Syuhada Amran.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengeluarkan warta menyatakan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Pengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sebelum ini, nikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan