27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Guan Eng lapor polis dakwaan Muhyiddin

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduhnya membatalkan pengecualian cukai yang telah diluluskan terhadap Yayasan Albukhary.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, laporan itu dibuat sebagai tindakan balas terhadap kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin dalam sidang media pada 11 dan 12 Mac lalu.

“Mulanya tindak balas terhadap fitnah jahat mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan laporan polis bersabit jenayah fitnah di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary ketika Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

Dakwaan itu dibuat Muhyiddin menerusi satu kenyataan selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac lalu. – EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan