26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Asyraf dilantik Setiausaha Agung baharu UMNO

Azalina Othman pula dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Isham Jalil.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu UMNO.

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejurus selepas mesyuarat pertama Majlis Kerja Tertinggi sesi baharu.

Zahid turut mengumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Isham Jalil.

Asyraf Wajdi mengambil alih tanggungjawab Setiausaha Agung daripada Datuk Seri Ahmad Maslan, yang kini ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Asyraf Wajdi baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi baru Mara telah mengetuai Pemuda UMNO hampir empat tahun sejak 2018.

Dia pernah dicalonkan oleh Barisan Nasional untuk bertanding dalam tiga PRU masing-masing di Tumpat, Kelantan pada 2008, Pasir Puteh, Kelantan (2018) dan Gerik, Perak (2022).

Bagaimanapun beliau gagal dalam ketiga-tiga percubaan tersebut.

Manakala, Azalina pula merupakan bekas ketua pertama Puteri UMNO yang sudah menjadi Ahli Parlimen Pengerang selama lima penggal.

Dalam PRU ke-15 tahun lalu beliau mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 5,010 undi.

Baca juga:   Persidangan UMNO bermula 15 Ogos tanpa pemilihan - SUA

Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam aspek undang-undang dan reformasi institusi.

Dalam pemilihan minggu lalu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden namun gagal mendapat undi yang mencukupi bagi mengisi satu daripada tiga tempat yang ada.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan