30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Langgar lari: Polis cari pemandu Toyota C-HR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS meminta pemandu kenderaan jenis Toyota C-HR berwarna merah yang terlibat dalam satu kejadian langgar lari dipercayai berlaku di sekitar bandar Iskandar Puteri, pada 11 April lalu segera tampil.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mengesan kejadian berkenaan melalui satu rakaman video yang tular dalam media sosial, semalam.

Katanya, pemandu kenderaan telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Pada pukul 10 malam, 13 April, polis mengesan satu video dalam laman Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) memaparkan sebuah kenderaan terlibat dalam kemalangan langgar lari dengan sebuah motosikal.

Advertisements

“Hasil semakan mendapati, dua laporan polis telah dibuat bersangkut kes langgar lari, yang pertama di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam manakala kejadian kedua di Persiaran Ledang, Iskandar Puteri pada 11 April, lebih kurang 9.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video berdurasi 34 dan 24 saat yang mana salah satu daripadanya menunjukkan kenderaan jenis Toyota C-HR berkenaan merempuh sebuah motosikal selepas melakukan pusingan U sebelum meninggalkan lokasi kejadian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan