32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kereta api funikular Bukit Bendera alami kebocoran hos brek trek

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN kereta api funikular Bukit Bendera, Pulau Pinang mengalami gangguan beberapa jam berikutan berlaku kebocoran pada hos brek trek, semalam.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan memaklumkan kereta api funikular itu mengalami gangguan pada kira-kira 4 petang dan ia kembali beroperasi seperti biasa pada 6.45 petang.

“Setelah siasatan dijalankan, pasukan penyelenggaraan PBBPP mendapati kebocoran pada hos brek trek dan memerlukan sedikit masa untuk menggantikan bahagian tersebut serta menghidupkan sistem dengan sepenuhnya.

“PBBPP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung atas kesabaran anda terhadap gangguan perkhidmatan dan kami juga ingin menekankan bahawa perkhidmatan funikular dan keselamatan penumpang adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan PBBPP amat berterima kasih kepada perkhidmatan jip Persatuan Penduduk Bukit Bendera, perkhidmatan bas dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas dalam menangani situasi kecemasan tersebut.

Selain itu, PBBPP amat menghargai kefahaman dan sokongan penduduk serta pengusaha perniagaan.

“PBBPP kesal dengan kejadiaan yang berlaku pada hari ini dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami,” menurut kenyataan itu.

Media semalam, melaporkan kira-kira 1,000 pengunjung hampa apabila hasrat mereka untuk menikmati cuti sempena perayaan Krismas di puncak Bukit Bendera terkubur setelah perkhidmatan kereta api furnikular dilaporkan mengalami kerosakan.

Terdahulu, tular di media sosial klip video serta hantaran oleh pengunjung yang merungut berhubung masalah perkhidmatan funikular di Bukit Bendera sehingga menyebabkan ratusan penumpang terkandas di stesen bawah serta di puncak bukit tersebut akibat gangguan tersebut. – BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan