24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

TMJ berjanji akan terus beli pemain terbaik negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMILIK pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjanji akan terus membeli pemain-pemain hebat ke dalam kelab dan hanya akan melepaskan mereka untuk menyertai pasukan kebangsaan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sahaja.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat berbuat demikian bagi membuktikan langkah yang diambilnya telah membuahkan hasil.

Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak boleh terima kejayaan kami.

“Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain ‘bunga api’ setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan,” katanya di laman Instagram.

Coretan Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram.

Beliau berkata, apa yang penting adalah JDT sentiasa ada perkembangan dan pemain tidak tertipu dengan pemimpin pasukan masing-masing.

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia, pemain JDT yang berhempas pulas.

Advertisements

“Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya dahulu, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.

“Hari ini saya berjanji akan terus beli pemain-pemain hebat dalam negara dan hanya lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja.

“Sekian terima kasih. Now, pergi memekak dan cuba buat sesuatu,” sindirnya.

Dalam kempen Piala AFF 2022 yang sedang berlangsung, anak-anak buah Kim Pan Gon mempamer prestasi baik apabila mencatat dua kemenangan dalam dua aksi Kumpulan B, sekali gus berpeluang untuk mara ke separuh akhir.

Di sebalik kejayaan itu, skuad tersebut dianggotai ramai muka baharu dengan hanya seorang pemain JDT iaitu Safawi Rasid. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan