33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

5 inisiatif khas, tingkat perkhidmatan, kemudahan kesihatan ATM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) telah memuktamadkan lima inisiatif khas untuk warganya bagi meningkatkan tahap perkhidmatan serta kemudahan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, inisiatif pertama, Mindef akan membuat proses selenggaraan dan penambahbaikan ke atas kesemua lima Hospital Angkatan Tentera (HAT)

Menurutnya, ia melibatkan HAT Tuanku Mizan, HAT Kem Terendak, HAT Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, HAT Wilayah Kota Kinabalu dan Hospital Tentera Darat (HTD) Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Bagi tujuan itu ujarnya, sebanyak RM4.67 juta telah diperuntukkan untuk menambah baik peralatan perubatan, RM2.6 juta untuk selenggaraan bangunan dan RM30.66 juta untuk bekalan ubat dengan kos keseluruhan lebih RM37 juta.

“Kesemua 19 Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), 48 Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan 40 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) juga akan diselenggara dan ditambah baik dengan kos keseluruhan lebih RM74 juta,”katanya menerusi hantaran di Facebook selepas mengadakan lawatan ke HAT Tuanku Mizan, hari ini.

Turut hadir pada lawatan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Hishammuddin berkata, bagi inisiatif seterusnya, ATM akan melaksanakan pembelian dua unit Hospital Medan tambahan dengan kos keseluruhan RM47 juta.

Menurut beliau, pembelian itu penting sebagai persediaan ATM mengatur gerak lebih banyak Hospital Medan sekiranya diperlukan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kos RM47 jutam

Manakala inisiatif keempat pula katanya, ATM telah melaksanakan perolehan 50 unit Ambulans Medan dengan kos RM27 juta dan dijangka diterima pada Disember tahun ini.

“Selain HAT Tuanku Mizan, saya juga menerima laporan bahawa HAT Kem Terendak memerlukan perhatian lebih daripada selenggaraan biasa.

“Saya telah arah Ketua Setiausaha Mindef mempercepatkan proses tender pembinaan baru HAT Kem Terendak dengan kos RM325 juta,”katanya.

Pada masa sama beliau berkata, Mindef dan ATM turut berterima kasih kepada Amerika Syarikat kerana menerusi hubungan erat Malaysia-Amerika Syarikat, Medical Command, USINDOPACOM telah memuktamadkan kerjasama dengan ATM di dalam bidang kesihatan bagi tempoh lima tahun.

“Buat permulaan, Amerika Syarikat telah menyumbangkan peralatan perubatan pelbagai jenis kepada Kor Kesihatan Diraja (KKD) dengan kos keseluruhan AS$3 juta serta bersetuju bekerjasama bagi membangunkan Military Medicine Centre of Excellence,”katanya.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan