28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

Mesti Baca

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini.

McDonald’s Malaysia berkata, hasil siasatan dalaman dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kesilapan awal di pihaknya yang memberikan jumlah sos cili tidak mencukupi.

Bagaimanapun, pekerja terbabit kemudian menyediakan peket sos cili tambahan dengan segera apabila diminta oleh pelanggan.

“Ketika itu, pelanggan menjadi marah dan agresif terhadap pekerja kami. Pelanggan berkeras untuk membayar 10 peket sos cili tambahan dan mendesak mengeluarkan resit pembelian ini.

“Walaupun pekerja kami cuba menjelaskan bahawa sos cili disediakan secara percuma, pelanggan berkenaan tetap berkeras untuk dikenakan bayaran.

“Kami kecewa dengan tindakan pelanggan itu yang bukan sahaja agresif tetapi juga menyiarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian ini di media sosial.

Advertisements

“Laporan polis dibuat untuk memastikan keselamatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook konon McDonald’s mengenakan caj RM10.60 untuk 10 peket sos cili di salah satu restoran milik mereka di Ayer Keroh, Melaka.

McDonald’s Malaysia berkata, mereka menawarkan kepada semua pelanggannya sos cili tanpa sebarang kos tambahan.

“Kami  memandang tinggi kru sebagai barisan hadapan yang konsisten berusaha memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia pada setiap masa.

“Kebajikan dan kesejahteraan mereka akan sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan