32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Isu tafsir al-Quran: Polis rakam percakapan Howard Lee

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How berhubung siasatan video tafsiran surah an-Nisa’, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, keterangan itu diambil pada pukul 3 petang semalam di Ipoh, Perak di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Rakaman percakapan Ahli Parlimen Ipoh Timor tersebut diambil berhubung kenyataan yang didakwa menghina Islam dengan membuat tafsiran terhadap surah an-Nisa’ ayat 59.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Mohd. Shuhaily berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang berhubung isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan