25 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Piala Liga: Gol Casemiro bawa United ke pusingan keempat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Liga Carabao dengan bergaya apabila menewaskan Crystal Palace, 3-0 dalam aksi pusingan ketiga, di Old Trafford, awal pagi tadi.

Rekrut musim panas, Sofyan Amrabat tampil buat kali pertama dalam kesebelasan Red Devils namun debut sulungnya menyaksikan Erik ten Tag meletakkannya di posisi pertahanan kiri berbanding posisi awal di bahagian tengah.

Namun, pemain tengah Maghribi itu tidak mengeluh sebaliknya membuktikan kemampuannya beraksi dalam pelbagai posisi untuk United.

Alejandro Garnacho membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-21 apabila menyempurnakan hantaran Diego Dalot.

Pemain tengah berpengalaman, Casemiro menggandakan jaringan untuk United selepas menanduk masuk sepakan penjuru Mason Mount pada minit ke-27.

Penyerang, Anthony Martial melengkapkan kemenangan bergaya Red Devils selepas merembat masuk hantaran Casemiro dari jarak dekat menewaskan Dean Henderson di gawang Palace.

Sementara itu, kelab Liga Kejohanan Inggeris, Ipswich Town mencipta kejutan apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol menewaskan Wolves 3-2.

Wolves mendahului 2-0 menerusi jaringan Hwang Hee-chan dan Toti Gomes namun disamakan Omari Hutchinson dan Freddie Ludapo sebelum rehat babak pertama.

Jack Taylor memastikan Ipswich ke pusingan keempat menerusi jaringan dari jarak 30 kaki sekali gus menyingkirkan kelab Liga Perdana Inggeris tersebut. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan