24.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Suspek rempuh anggota JPJ direman empat hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENUNGGANG motosikal yang dipercayai merempuh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menjalankan tugas sekatan jalan raya, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd Ghani.

Suspek direman susulan kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Dalam kejadian itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y125ZR dikatakan cuba melanggar sekatan jalan raya sebelum merempuh Pegawai JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif hingga menyebabkannya cedera.

Pegawai berkenaan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapat rawatan.

Suspek yang ditahan di tempat kejadian, didapati mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah, selain tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan tamat tempoh sejak 2012.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan