26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis siasat lelaki tidak berbaju pukul penunggang motosikal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang menyiasat aksi samseng seorang lelaki tanpa memakai baju memukul seorang penunggang motosikal di Cheras Perdana, sehinggakan kejadian tersebut tular di media sosial, sejak Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian disyaki berlaku pada jam 11.25 pagi, Jumaat, sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal lain.

“Seorang lelaki tanpa memakai baju menunggang sebuah motosikal melalui jalan utama itu gagal mengawal kenderaan lalu melanggar motosikal yang keluar dari simpang.

“Lelaki tanpa memakai baju itu terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohd Zaid berkata, video berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian berkenaan telah dirakam melalui kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum dimuat naik dan tular di laman Telegram Info Semasa Official pada Sabtu.

“Sehingga kini, kita masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kemalangan atau kejadian pukul tersebut daripada pihak yang terlibat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 279 dan 323 Kanun Keseksaan kerana menunggang dalam keadaan gopoh di jalan awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut, boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan