32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Vokal ada masalah, Siti Nordiana tak gentar sertai GV10

Mesti Baca

MESKIPUN mengalami masalah vokal, penyanyi Siti Nordiana tidak gentar menyahut cabaran menyertai program nyanyian All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Penyanyi yang mesra disapa Nana itu berkata, sukar untuk dia menolak menyertai program itu kerana bermula daripada GV namanya kembali mekar semula dalam industri.

“Saya tidak boleh kata tidak apabila dipanggil untuk menyertai program ini. Kerana di sinilah saya kembali mencipta nama semula.

“Saya akui kerap mengalami masalah vokal disebabkan sudah lima kali dijangkiti Covid-19 tetapi itu bukan alasan untuk saya menolak tawaran nyanyian,” katanya ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan peserta program All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini.

Nana berkata, dia sudah pun mendapatkan rawatan doktor pakar untuk mengenal pasti punca masalah vokal yang dihadapi selain jangkitan Covid-19.

“Saya mengalami masalah vocal chord dan sedang berusaha mengatasi masalah ini. Saya sudah berjumpa doktor pakar bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT).

Advertisements

“Sekarang saya sedang menjalani proses pemulihan dan perlu melakukan voice cleanser. Dalam masa tiga bulan ini ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil,” katanya.

Nana adalah antara 10 juara yang menjadi peserta GV dan akan bersaing semula di All Star Gegar Vaganza.

Program realiti nyanyian itu turut menampilkan lima peserta hot seats bakal dipilih untuk  turut serta pada program ini.

Program ini masih mengekalkan barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Star Gegar Vaganza bakal bersiaran bermula 24 September ini di saluran Astro Ria dan boleh distrim di platform Astro Go. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan