30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

LLM tambah baik tempat berteduh penunggang motosikal

pastikan pengguna lebuh raya dalam keadaan selesa

Mesti Baca

Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terus komited dalam memberi fokus memastikan infrastruktur yang dibina sepanjang lebuh raya memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua kategori pengguna lebuh raya.

Justeru, mereka melakukan inisiatif yang telah dikenalpasti dengan membuat penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia.

LLM berkata, pembinaan motorcycle shelter baharu ini telah bermula pada suku ketiga tahun 2023.

“Syarikat konsesi lebuh raya diminta untuk menyegerakan penyediaan motorcycle shelter terutamanya di lokasi yang tidak memerlukan kos tinggi untuk meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya.

“KKR dan LLM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan syarikat konsesi kepada penunggang motosikal di lebuh raya yang juga pengguna paling vulnerable dengan sukarela menambah motorcycle shelter bagi memastikan keselamatan golongan ini ketika berteduh semasa cuaca buruk,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, di bawah projek penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal ini, sebanyak 119 lokasi tambahan telah dikenalpasti untuk dibina.

Advertisements

“Walaubagaimanapun, bilangan ini bukanlah satu jumlah yang rigid kerana KKR dan LLM sentiasa terbuka untuk menerima cadangan lokasi tambahan lain daripada semua syarikat konsesi lebuh raya,” katanya.

Terdahulu, satu lawatan kerja telah diadakan di satu lokasi tambahan di Persimpangan Kota Damansara, Lebuhraya NKVE.

Lawatan itu diketuai oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Pengarah LLM, Ir Sazali Harun, Pengarah Urusan Plus, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, wakil Syarikat PROLINTAS Sdn Bhd, Ir Rostam Sharif Tami, serta pegawai kanan KKR, LLM, PSKLM dan Syarikat Konsesi lebuh raya.

Dalam pada itu, KKR dan LLM juga turut mengingatkan penunggang motosikal di negara ini bahawa lorong kecemasan bukanlah laluan eksklusif untuk penunggang motosikal kerana lorong terbabit juga digunakan oleh kenderaan yang berhenti atas faktor kecemasan.

Justeru, penunggang motosikal di negara ini adalah dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang halangan di lorong kecemasan, memberikan tumpuan dalam setiap perjalanan dan berhenti berteduh atau berehat pada lokasi-lokasi motorcycle shelter yang telah disediakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan