29.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

PRK: Pemuda UMNO kecam Muhyiddin keluar fatwa ‘haram’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengecam tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan fatwa ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. 

“Kita faham musim pilihanraya masing-masing sibuk berkempen untuk kemenangan pasukan.

“Tetapi janganlah sampai mempergunakan hukum fatwa sebegini,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Seharusnya beliau berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu dalam berkempen perlu memberikan idea dan hujah yang bernas.

“Berlawanlah dengan idea dan hujah yang boleh membantu rakyat, bukannya dengan haram sana sini.

“Dulu masa kawan jadi halal,bila lawan jadi haram pula,”sindirnya.

Dalam soal ini, katanya, setiap pemimpin perlu membawa politik matang dan tidak menghancurkan pemikiran rakyat.

“Masa untuk kita membawa politik matang dan membina, bukan menghancurkan pemikiran rakyat.

“Parti digunakan untuk mempertahankan agama, bukannya agama digunakan untuk mempertahankan parti politik,”kata beliau.

Dr Muhamad Akmal berkata demikian bagi mengulas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan fatwa ‘haram’ mengundi calon parti Kerajaan Perpaduan.

Muhyiddin dilaporkan berkata, sekiranya diberi undi kepada calon Kerajaan Perpaduan hukumnya ‘haram’.

“Jangan bagi satu undi. Saya bagi hukum haram. Ada esok cabar saya ikut fatwa mana…tak boleh (undi calon PH) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang…sembilan bulan sudah berlalu,”ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Mahkamah batalkan kemenangan Che Alias di Kemaman

MAHKAMAH Petisyen Pilihan Raya Kuala Terengganu membuat keputusan kemenangan calon Pas, Che Alias Abdul Hamid bagi Parlimen Kemaman dalam...

Lagi Artikel Berkaitan