25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Nancy cadang hukuman lebih berat kepada pendera kanak-kanak

Mesti Baca

KEMENTERIAN pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap pendera di bawah Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan kanak-kanak, pelaksanaan rang undang-undang berkenaan perlu efektif dan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016.

“Kita mahu pendera diberi hukuman yang berat sekali walaupun (pelaksanaan undang-undang itu) bukan di bawah kami, tetapi kami memberi cadangan kepada pihak yang berkenaan serta pentingnya ada persefahaman antara kementerian saya dengan suruhanjaya itu supaya tidak bertindih.

“Misalnya mereka yang didapati mendera perlu dikenakan hukuman sebat tetapi ada pihak yang tidak bersetuju. Oleh itu, cadangan yang kami kemukakan tidak secara melulu kerana mendapat perbincangan menyeluruh,” katanya ketika ditemui media selepas Program Jelajah Kasih Keluarga Segulai Sejalai di Kuching, Sarawak, hari ini.

Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi mana-mana individu, ibu bapa, atau penjaga yang didapati bersalah kerana mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.

Sebelum ini, media melaporkan rang undang-undang yang akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dirangka selepas pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, sesi pertukaran ilmu dan kajian mendalam. -Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan