Thursday, June 4, 2026

Penunggang motosikal tular lawan arus di Lebuhraya PLUS dikehendaki polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penunggang motosikal yang tular melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Plaza Tol Ipoh Utara, semalam dikehendaki polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ini susulan pihaknya mengesan satu artikel berhubung kejadian itu dengan tajuk ‘Motosikal lawan arus dirakam ketika siaran langsung FB’ pada Ahad.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rakaman tersebut diambil pada 2 Julai antara jam 11 dan 11.15 pagi ketika siaran langsung seorang wartawan di lokasi yang membuat liputan situasi pergerakan pulang pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidiladha.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini kerana ia menunjukkan masih terdapat pengguna jalan raya melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sehingga mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, mahu pun pengguna jalan raya lain.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

“Jika sabit kesalahan di bawah peruntukan undang-undang ini, seseorang pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, kata Yahaya, polis turut meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, DSP Koo Boon Kuat, di talian 016-4173222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan, sebuah motosikal dirakam bergerak melawan arus ketika siaran langsung liputan sebuah media tempatan di Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara, semalam.

Kenderaan tersebut ditunggang seorang lelaki dari arah susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara menuju masuk ke lebuh raya berkenaan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan