27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Biljow alternatif lebih murah berbanding Onana

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United kini beralih tumpuan kepada penjaga gol Feyenoord, Justin Biljow sebagai alternatif lebih murah berbanding Andre Onana.

United yang memerlukan penjaga gol baharu bagi bersaing menggantikan atau bersaing dengan David De Gea, yang masih belum ditawarkan kontrak baharu selepas kontrak asalnya tamat 1 Julai lalu.

Usaha mendapatkan Onana sukar susulan yuran perpindahan yang tinggi diminta Inter Milan selepas penjaga gol kebangsaan Cameroon itu cemerlang bersama Nerazzurri musim lalu.

Onana dikaitkan dengan perpindahan ke United dan Chelsea namun nilai perpindahan yang diletakkan menjadi penghalang Erik Ten Hag.

Advertisements

Ini selepas United berbelanja sebanyak RM355 juta untuk mendapatkan Mason Mount dari Chelsea dan kelab itu perlu jimat berbelanja kerana terikat dengan peraturan kewangan baik (FFP).

Ini kerana setiap kelab perlu berbelanja bersih RM592.6 juta sepanjang jendela perpindahan musim panas ini dan jika United mendapatkan Onana pada harga tinggi, sukar untuk kelab itu mendapatkan pemain di posisi lain.

Dan kini, tumpuan Red Devils beralih kepada Biljow selepas penjaga gol berusia 25 tahun itu merekodkan 15 perlawanan tanpa bolos sepanjang musim lalu.

Biljow merupakan pemain senior skuad kebangsaan Belanda, turut berada dalam skuad Piala Dunia 2022 di Qatar namun tidak diturunkan oleh Louis Van Gaal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan