26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

City cuba pancing Gvardiol ke Etihad

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City giat memancing pertahanan kental RB Leipzig, Josko Gavrdiol selepas pengarah sukan kelab Jerman itu mengesahkan kedua-dua kelab dalam perbincangan berhubung perpindahan pemain tersebut.

Leipzig enggan menjual pertahanan antarabangsa Crotia itu namun Gvardiol memaklumkan keinginannya menyertai juara treble itu musim panas ini.

Difahamkan kelab Bundesliga itu meminta yuran perpindahan sebanyak RM507.5 juta bagi Gvardiol yang merupakan antara pemain pertahanan muda terbaik Eropah.

Pengurus The Citizen, Pep Guardiola menjadikan pertahanan berusi 21 tahun itu sebagai sasaran utama bagi memperkukuhkan benteng pertahanannya msuim ini.

Advertisements

“Kami dalam perbincangan bersama City. Untuk nilai RM590 juta, Gvardiol akan berada di bawah bimbingan Guardiola.

“Ini akan menjadikannya pemain pertahanan termahal dalam sejarah. Saya boleh sahkan Gvardiol dan ejennya memberitahu kami keinginannya berhijrah ke City,” kata Pengarah Sukan Leipzig, MAx Eberl.

Gvardiol beraksi di posisi sama dengan Aymeric Laporte yang dijangka akan meninggalkan City beberapa minggu akan datang.

Untuk rekod, City mencipta sejarah memenangi kejuaraan treble musim lalu selepas menang Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara Juara Eropah (UCL). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan