26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pemandu van lawan arus ditahan polis

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMANDU van yang memandu melawan arus di Jalan Besar Ampang pada Sabtu lalu sehingga menyebabkan kerosakan lima kenderaan telah ditahan semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, Mohd. Azam Ismail berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan ketika hadir membuat laporan di Balai Trafik Ampang Jaya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 54 akta sama kerana gagal berhenti selepas kemalangan.

“Semakan rekod mendapti suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau, tujuh rekod saman trafik yang tertunggak dan dua waran tangkap trafik.

“Siasatan awal mendapati, pemandu van tersebut melarikan diri kerana dikejar orang awam yang berada di tempat kejadian kerana bimbang keselamatan diri,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Mohd. Azam berkata, polis mengesan video kejadian yang tular di media sosial semalam yang memaparkan pemandu van tersebut cuba merempuh orang awam di hadapan sebuah restoran di Pasar Ampang, Ampang Jaya, Selangor.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati telah berlaku satu kemalangan di Jalan Besar Ampang melibatkan lima buah kenderaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila van yang dipandu melawan arus kerana dipercayai melarikan diri daripada sebuah kereta yang dilanggar di Jalan Ampang.

“Semasa sampai di tempat kemalanga, van yang dipandu secara melawan arus telah melanggar empat kereta yang berada di kiri dan kanan jalan dan terus melarikan diri melalui jalan belakang bangunan kedai di Pekan Ampang.

“Kemalangan telah menyebabkan kerosakan kepada semua kenderaan yang terlibat dan tiada kecederaan yang dialami. Semua pemandu kereta telah hadir membuat laporan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan