31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Insiden bakar al-Quran: Pas mahu kerajaan lebih tegas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAS menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas dalam menunjukkan keseriusan negara dalam isu provokatif membakar al-Quran di Sweden sewaktu Hari Raya Aidiladha lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini bukan kali pertama insiden sama berlaku di negara berkenaan susulan pendirian pihak berkuasanya yang membiarkannya berlaku.

Lebih teruk lagi, semua bentuk bantahan daripada pelbagai negara dan pihak sebelum ini juga gagal menghalang perkara yang sama daripada terus berlaku.

“Selain mengeluarkan kenyataan rasmi atau memanggil wakil Sweden ke negara ini bagi menyampaikan protes, Pas juga menggesa kerajaan memanggil pulang duta kita ke negara berkenaan sebagai langkah bantahan yang lebih tegas.

“Selain itu, kerajaan juga boleh berperanan secara lebih aktif di pentas dan forum antarabangsa bagi menggembleng suara dan tindakan dunia dalam menghalang dan memberi tekanan kepada kerajaan serta pihak berkuasa Sweden.

Advertisements

“Ini mengelakkan mereka daripada terus bersikap sambil lewa terhadap perbuatan itu selain merupakan jenayah kebencian yang ditujukan khusus kepada Islam dan umat Islam,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden pada Rabu lalu membakar naskhah al-Quran di luar sebuah masjid utama di Stockholm sewaktu umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha.

Beliau berkata, Pas mengutuk keras perbuatan provokatif tersebut merakamkan rasa amat terkilan terhadap keputusan pihak berkuasa negara berkenaan yang memberi kebenaran kepada individu terbabit atas nama kebebasan bersuara.

“Justeru, Pas percaya kerajaan perlu mengambil langkah lebih tegas dan aktif bagi menunjukkan keseriusan kita dalam isu ini.

“Selain mengetengahkan mesej keamanan dan persaudaraan yang dibawa oleh Islam dan turut menjadi dasar dan pegangan negara kita,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan