26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Russia 

Mesti Baca

KEMENTERIAN Hal Ehwal Dalam Negeri Russia menyenaraikan Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Piotr Hofmanski dalam senarai dikehendaki negara itu, lapor Xinhua, memetik laporan media tempatan semalam.

“Hofmanski Piotr Jozef, Poland. Dikehendaki di bawah artikel Kanun Jenayah Persekutuan Rusia,” lapor TASS, memetik kenyataan daripada pangkalan data kementerian.

Bagaimanapun kementerian itu tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dikenakan terhadap Hofmanski.

Selain Hofmanski, Naib Presiden Pertama ICC, Luz del Carmen Ibáñez Carranza dan hakim Bertram Schmitt juga telah dimasukkan ke dalam senarai dikehendaki.

ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Russia Vladimir Putin dan Pesuruhjaya Presiden bagi Hak Kanak-Kanak Maria Lvova-Belova pada 17 Mac tahun ini atas dakwaan jenayah perang pengusiran yang menyalahi undang-undang kanak-kanak Ukraine.

Sementara itu AFP melaporkan ICC juga mengeluarkan waran terhadap Maria Lvova-Belova, Pesuruhjaya Presiden Russia Untuk Hak Kanak-Kanak, atas tuduhan sama.

Russia sebelum ini mengeluarkan waran tangkap untuk Pendakwa Raya ICC, Karim Khan dan beberapa hakim.

Russia yang bukan ahli ICC menegaskan waran terhadap Putin adalah “tidak sah”.

Pada September, ICC membuka pejabat lapangan di Ukraine, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menahan tentera Russia bertanggungjawab atas serangan Moscow di negara yang disokong Barat itu. -Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan