29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Tembak apa yang didengar dan lihat, kezaliman ke atas Rohingya didedah askar

Mesti Baca


YANGON – Dua askar Myanmar mendedahkan mereka diarahkan untuk ‘menembak apa yang mereka dengar’ ketika ‘menghancurkan’ kampung-kampung etnik Islam Rohingya, merogol dan membunuh kanak-kanak.

Pengakuan itu dipercayai pertama dibuat melibatkan askar Myanmar yang terlibat secara langsung dalam pembunuhan beramai-ramai yang disifatkan kerajaan sebagai ‘kempen pembersihan’ bagi menghapuskan pengganas dari negeri Rakhine.

Prebet yang satu daripadanya mengaku merogol seorang wanita berkata, mereka diarahkan menghapuskan sepenuhnya semua Rohingya dan menyifatkan bagaimana mereka menggeledah kampung-kampung, membunuh kanak-kanak dan warga emas.

Tindakan kejam tentera sejak Ogos 2017 memaksa lebih 700,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh namun kerajaan Myanmar menafikan tuduhan pasukan keselamatan melakukan rogol dan pembunuhan secara beramai-ramai selain membakar ribuan rumah penduduk.

Pertubuhan hak asasi manusia, Fortify Rights yang memperoleh klip itu berkata, Myo Win Tun, 33, dan Zaw Naing Tun, 30, yang berkhidmat dalam batalion infantri memberikan nama dan rangking 19 individu bertanggungjawab dalam kalangan tentera termasuk mereka selain enam komander tentera yang didakwa mengarahkan atau menyumbang kepada kekejaman ke atas Rohingya.

Tulang manusia ditemukan dalam sebuah kubur di Inn Din pada Oktober 2017.

Mereka dipercayai diberi perlindungan Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda dan dirakam pada Julai selepas ditahan Tentera Arakan, kumpulan gerila etnik di Rakhine yang memerangi tentera kerajaan.

Bagaimanapun memetik Mail Online, tidak jelas jika dakwaan  tentera dalam video itu dibuat secara sukarela atau paksaan.

Dalam video berasingan, dua prebet yang memakai uniform tentera dirakam menjawab soalan seorang lelaki.

Selepas menjawab soalan tentang nama, nombor badan dan unit tentera, Myo Win Tun berkata, Komander Operasi Tentera 15 yang dinamakan sebagai Kolonel Than Htike memberi arahan menembak apa yang dilihat dan didengar askar semasa menyerbu kampung etnik Islam Rohingya.

Katanya, dalam satu operasi, mereka membunuh dan menanam lapan wanita, tujuh kanak-kanak dan 15 lelaki dan warga emas.

Advertisements

Dia menegaskan, Kolonel Than Htike mengarahkan unitnya memusnahkan semua Rohingya dan mereka menembak lelaki pada kepala dan menyepak mayat mereka dalam lubang. Mereka juga merogol wanita sebelum membunuh mereka 

Kata prebet itu, unitnya mengambil telefon bimbit, komputer riba serta merampas haiwan ternakan, tuduhan yang dilaporkan secara meluas sebelum ini.

Dengan melihat kamera secara langsung, Zaw Nain Tun mengimbau semula bagaimana unitnya memusnahkan 20 kampung Rohingya.

Menurutnya, kira-kira 80 orang dibunuh termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas dan pembunuhan itu diluluskan Leftenan Kolonel Myo Mint Aung.

ETNIK Rohingya ditempatkan di sebuah kem sementara di Aceh, Indonesia selepas melarikan diri dari Myanmar.

Dalam satu insiden, 10 penduduk kampung dipercayai kumpulan pemisah Rohingya ditangkap dan diikat sebelum ditembak mati, kata Zaw Nain Tun yang mengaku turut menembak mangsa.

Zaw Naing Tun berkata, dia ada melihat seorang sarjan dan korporal merogol tiga wanita Rohingya semasa menggeledah rumah namun menafikan ada merogol wanita tersebut.

Namun dia mengaku terlibat mengambil harta penduduk dengan mendakwa ketua unitnya mengumumkan apa yang anda ambil itulah yang anda dapat.

“Kami masuk sebuah pasaraya dengan memusnahkan pintu dan kunci sebelum mengambil wang, emas, pakaian dan Telefon bimbit,” katanya.

Menurut Fortify Rights, kedua-dua prebet itu dibawa ke sempadan Bangladesh sebelum Dhaka memaklumkan perkara tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mereka tiada lagi di Bangladesh.

Bagaimanapun ICC dalam kenyataan enggan Mengulas mengenai siasatan mereka dan Masih mengumpul bukti secara bebas daripada pelbagai sumber berhubung kekejaman tentera Myanmar.

Advertisements

Terkini

Mohd Rosli terima pemakaian pangkat Laksamana Maritim

KETUA Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima...

Lagi Artikel Berkaitan