31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Piala Malaysia: JDT bawa bekalan selesa dari Paroi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang bekalan selesa dari Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi selepas menewaskan Negeri Sembilan, 3-0, dalam aksi suku akhir pertama, malam tadi.

Turun mengenakan jersi serba putih, penyandang juara itu terlebih dahulu mencuba menerusi rembatan penyerang import, Bergson da Silva pada minit ke-15 namun ditepis keluar penjaga gol, Mohammad Firdaus Irman Mohd. Fadhil.

Usaha JDT akhirnya berhasil pada minit ke-20 apabila pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi melepaskan rembatan kencang dari sudut yang sempit untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-30 selepas Bergson dijatuhkan di dalam kawasan penalti.

Penyerang import dari Brazil itu yang ditugaskan mengambil tidak berdepan masalah meledak gol kedua JDT dan gol kelima peribadinya dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Advertisements

Negeri Sembilan terlepas peluang merapatkan kedudukan pada minit ke-32 menerusi tandukan R. Barathkumar namun Ahmad Syihan Hazmi cemerlang menidakkan jaringan tersebut.

Lima minit berselang, giliran Firdaus Irman mempamerkan kecemerlangannya apabila menyelamatkan dua percubaan berturut-turut JDT sambil tindakan susulan Bergson sekadar sipi melepasi tiang gol Negeri Sembilan.

Minit ke-55 menyaksikan Filemon Anyie melakukan cubaan dari jarak jauh selepas melihat Ahmad Syihan terkeluar dari posisinya namun penjaga gol itu berjaya menguis keluar rembatan tersebut.

Syamer Kutty Abba terlepas peluang mencetak nama sebagai penjaring namun sepaknnya dihalang pertahanan, Zainal Abidin Jamil di atas garisan gol.

Gol ketiga yang dicari anak buah Esteban Solari itu akhirnya menjelma pada waktu kecederaan menerusi jaringan Bergson sekali gus membawa pulang bekalan selesa pulang ke Johor Bahru. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan