33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pemuda UMNO ajak rakyat berhimpun di masjid Sabtu ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO mengajak semua rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya berhimpun di masjid-masjid terpilih di seluruh negara, Sabtu ini.

Ketua Pemuda, Dr. Muhamad Akmal Salleh berkata, tujuan perhimpunan tersebut adalah bagi mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk kesejahteraan dan keamanan negara.

“Jom kita berhimpun Sabtu ni. Bukan di depan pusat beli belah Sogo tetapi di masjid-masjid di seluruh negara.

“(Majlis) bacaan yasin dan solat hajat Pemuda UMNO di seluruh Malaysia. Semoga negara kita sentiasa diberikan rahmat Allah,” katanya menerusi catatan di Facebook malam tadi.

Advertisements

Seruan tersebut jelas bertentangan dengan tindakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari yang mahu menganjurkan himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia pada Hari Malaysia, Sabtu ini.

Himpunan tersebut bertujuan sebagai bantahan terhadap isu tindakan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Pada masa sama, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos turut menyeru Gerakan Baju Merah untuk turun berdemonstrasi bagi menyelamatkan negara daripada PN.

Sementara itu, Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan himpunan yang dijadualkan pada 16 September ini tetap akan diteruskan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan