33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rafizi, jangan hendak memandai-mandai – Dr. Akmal

PH tidak bersetuju dengan pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli agar tidak memandai-mandai dalam mengeluarkan kenyataan berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi catatan di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, Pakatan Harapan (PH) tiada hak mencampuri urusan tersebut kerana ia terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Oleh itu, kata beliau, PH selaku gabungan dalam Kerajaan Perpaduan sepatutnya menghormati apa jua keputusan yang akan dibuat oleh Al-Sultan Abdullah.

“Hak untuk pengampunan diraja adalah hak Yang Dipertuan Agong, bukan hak PH.

Advertisements

“Bagaimana kita menghormati keputusan Yang Dipertuan Agong memberikan pengampunan diraja kepada Anwar Ibrahim, begitu juga PH perlu menghormati apa sahaja keputusan terhadap Datuk Seri Najib. Jangan memandai -mandai,” katanya hari ini.

Media semalam melaporkan bahawa Rafizi berkata, PH kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada Najib.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, walaupun PH tidak bersetuju namun gabungan itu tidak mencampuri urusan berkaitan pengampunan terbabit.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri itu telah memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan