Tuesday, June 16, 2026

Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia

Mesti Baca

SELEPAS menjadi pelarian selama 30 tahun, ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro meninggal dunia.

Lelaki berusia 61 tahun itu diberkas pada Januari lalu dipercayai menghidap kanser kolon dan dilaporkan dalam keadaan koma sejak Jumaat lalu.

Pada awal Ogos, Messina menjalani pembedahan usus di Hospital San Salvatore di L’Aquila.

Selepas pembedahan itu berjaya, kanser kolon pula menyebabkan kemerosotan kesihatannya, ANSA memetik sumber sebagai berkata.

Ketua Mafia yang paling dikehendaki itu, ditangkap oleh unit polis khas di sebuah klinik kanser di Palermo ketika sedang menjalani rawatan dengan nama palsu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran kerana peranannya dalam siri pembunuhan kejam dan pengeboman kereta di Itali.

Dia didapati bersalah atas kes pengeboman kereta 1992 yang membunuh pendakwa anti-Mafia Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino. -Agensi

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan