26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kenyataan Negara PM: Sanusi maharaja fitnah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyelar kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ini susulan Sanusi dilaporkan telah memperlekeh penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York.

“Astaghfirullah. Itu kata hati nurani saya bila mendengar komen Sanusi mengenai ucapan Anwar Ibrahim di UNGA ke 78 di New York.

“Saya hadir di UNGA tersebut. Saya saksi hidup. Saya di dalam Dewan Persidangan Utama PBB. Saya duduk di kerusi VIP bersama Datuk Nazri Aziz dan Datuk Sharkar.

“Bahkan saya hadir tiga hari berturut-turut (Selasa hingga Khamis) mendengar ucapan ketua-ketua negara lain sebelum PMX berucap pada hari Jumaat,”kata beliau.

Malahan Puad berkata, Perdana Menteri telah diberi sembilan kali tepukan gemuruh dalam ucapan 15 minit itu.

“Mukadimah sahaja dapat tepukan gemuruh bila PMX sentuh perang Russia-Ukraine yang beri kesan buruk kepada global.

Advertisements

“Ketika Presiden Iran berucap, dia mengangkat Al Quran tetapi tidak ada siapa yang tepuk tangan. Ucapan Presiden Amerika juga tiada sambutan dari perwakilan.

“Perdana Menteri New Zealand beritahu dia rasa lega kerana orang ketiga berucap selepas Anwar. Dia rasa tenggelam jika berucap lepas Anwar.

“Dalam 15 minit itu juga PMX telah menyentuh isu perang Russia-Ukraine, Palestin, Myanmar, Islamfobia, low carbon and renewal energy roadmap oleh Malaysia dan rasisme bentuk baru,”katanya.

Beliau berkata, ternyata Sanusi kaki fitnah apatah lagi guna gambar-gambar tanpa usul periksa.

“Saya rakam banyak foto yang saya lampirkan. Sanusi Menteri Besar. Oleh kerana saya saksi hidup maka dia wajar digelar “Pemimpin pembohong” nombor satu Malaysia,”katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan telah memperlekeh penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York yang disifatkannya sebagai hambar dan gagal mendapat perhatian pemimpin dunia.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata situasi dewan yang lengang ketika Anwar berucap menyampaikan Kenyataan Negara malam semalam, cukup memalukan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan