26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Dato Shake tunai janji, temui peminat setia di Zepp KL

Mesti Baca

LAGU-LAGU ikonik dendangannya seperti You Know I love you “tu sais jet’aime”, Umi, Pulanglah dan Anugerah Dari Kegagalan, pastinya penggemar sudah dapat meneka gerangan penyanyi legenda ini.

Penjenamaan Dato Sheikh Abdullah atau nama komersialnya pada awal adalah ‘Shake’.

Beliau artis Asia pertama yang menjadi penyanyi terkenal menyanyi dalam bahasa Perancis bersama-sama dengan Bruce Lee sebagai pelakon terkenal pada tahun 1976.

Di tahun 1983, beliau membuat rakaman pertama dalam bahasa Melayu dan kemudian dikenali dengan nama Dato Shake.

Tidak hanya membuat penggemar jatuh hati saat beliau mengalunkan vokal emas lewat lagu-lagu Perancis, Melayu dan Inggeris, Dato Shake mencetak nama sebagai artis antarabangsa terkenal yang berpangkalan di Paris dan penerima Chevalier des art et Lettre (Knight of the Order of Arts Letters and Merits) yang berprestij daripada Kerajaan Perancis, atas sumbangannya mempromosikan bahasa Perancis dan budaya di seluruh Asia.

Dikurniakan gelaran Dato’ (Dato Paduka Mahkota Johor) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor (Malaysia) pada tahun 1979, Dato’ Shake akan membuat persembahan dalam beberapa repertoir bahasa iaitu Bahasa Perancis, Inggeris dan semestinya bahasa Melayu.

Sedar betapa banyaknya jiwa yang dahagakan suara merdu dan melihat penghibur bertaraf antarabangsa ini beraksi di Malaysia, InTour Live Events dengan bangga membawakan Konsert Dato Shake Zepp KL pada 16 Disember ini.

Konsert ini akan mempamerkan perjalanan menakjubkan penerokaan kronologi kerjaya muziknya.

Semua repertoir terbaik dalam kerjaya muziknya akan dipersembahkan, iaitu lagu-lagu Melayu dan Perancis yang terkenal dan tidak dapat dilupakan koleksi malar hijau kegemaran ramai di kalangan rakyat Malaysia dan luar negara.

Dato ’Shake berkata, dia pulang ke tanah air menyantuni penggemar di bumi kelahiran tercinta adalah sebuah impian yang sudah direncana sejak tahun 2020.

Namun rencana yang sempat tertunda lantaran pandemik itu akan segera direalisasikan apabila legenda yang kini menetap di Paris, Perancis ini dilamar oleh InTour Live Events dan iMe Entertainment Group untuk mengadakan konsert.

Konsert dengan konsep muzikal adalah detik ajaib bagi Dato Shake dengan kostum karisma pentasnya, terutamanya vokalnya yang menakjubkan.

“Janji pasti akan ditepati untuk peminat yang masih sayangkan saya. Pada tahun 2020, saya merancang untuk melakukan jelajah besar ke seluruh Malaysia dan Asia. 

“Malangnya pandemik itu merosakkan rancangan semua orang termasuk saya.

“Kami penghibur memutuskan untuk bergerak ke hadapan dengan pertolongan dan kasih sayang Allah serta orang ramai.

Advertisements

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan peminat, saya akan kembali ke Malaysia dalam Konsert Dato Shake Zepp KL nanti.

“Tidak sabar untuk membuat persembahan di Zepp KL kerana banyak ulasan yang bagus tentang Zepp saya dengar dan sebagai salah satu pentas terbaik,” katanya.

Sementara itu, InTour Live Events menyifatkan Konsert Dato Shake Zepp KL sebagai sebuah destinasi buat peminat kembali menggembara masuk ke masa silam dengan karya-karya hit Dato Shake yang sudah menjadi siulan sejak era 70-an, 80-an dan 90-an.

Pastinya karya-karya terkini yang telah dihasilkan termasuk Chameleon (2012) akan menjadi halwa telinga sekaligus dapat dinikmati secara langsung menerusi konsert anjuran InTour Live Events pada 16 Disember 2023 ini.

“Dato’ Shake adalah artis yang benar-benar unik. Beliau mempunyai bakat yang tidak dapat dinafikan dan lebih penting lagi, seorang yang serba boleh.

“Beliau benar-benar dekat dengan perkataan “fusion”, tidak dinafikan bahawa beliau adalah lelaki berbakat semula jadi yang menyanyi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.

“Peminat akan merasai nostalgia dunia lama melalui lagu-lagu Melayu pop dan rock dunia baharu daripada lagu Perancis dan Inggeris.

“Lagu-lagu baru yang dirakamkan semasa beliau berhijrah ke Hollywood, California USA pada tahun 1988 hingga ke 2011.

“Oleh itu kami sangat teruja untuk mempersembahkan Konsert Dato Shake Zepp KL kerana peminat bukan sahaja dapat pulang dengan menggamit nostalgia menerusi lagu-lagu Melayunya malah akan terpesona dengan genre pop dan rock dalam bahasa Perancis dan Inggeris yang menjadikan beliau sebagai penghibur yang disegani.

“Lebih daripada itu, kami di InTour Live Events dan iMe Entertainment Group berharap Konsert Dato Shake Zepp KL akan mengubat kerinduan peminat terhadap sang legenda kesayangan ramai.

“Malah peminat akan menyaksikan persembahan yang berkualiti oleh pemuzik Paris yang hebat serta berjaya, yang pernah menjadi pemuzik tetap Dato Shake sepanjang kerjayanya,” kata wakil penganjur InTour Live Events, Bonor Seen.

Konsert Dato Shake Zepp KL akan menyaksikan penyanyi antarabangsa ini menghiburkan penggemar untuk tempoh 90 minit bermula jam 8.30 malam.

Harga tiket konsert bermula dari RM358 hingga RM598, manakala premium box berharga RM5,000 untuk 8 orang boleh dibeli melalui www.ticketcharge.com.my bermula 3 Oktober jam 11 pagi.

Ia akan menjadi salah satu konsert penutup terbaik tahun 2023 yang pernah disaksikan peminat kerana Dato Shake adalah penghibur ikonik yang mesti dijadikan rujukan pemuzik generasi masa kini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan