34.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Konsert Zikir Terapi di Zepp KL 16 September ini

Mesti Baca

BERKONSEPKAN spiritual dan hiburan, Konsert Mega Zikir Terapi bakal menemui penonton di Zepp Kuala Lumpur pada 16 September depan.

Pengarah konsert, Dr Fitri Haris berkata, objektif utama konsert ini adalah untuk memperkenalkan bahawa muzik itu luas.

“Jika di dalam muzik itu di bawakan mesej-mesej yang baik dan murni, saya yakin muzik itu akan menjadi lebih bermakna terutama kepada kita amnya dan anak-anak pewaris bangsa khasnya,” katanya.

Fitri berkata, konsert ini akan mendapat sentuhan Pengarah susunan Seni suara iaitu Hafiz Hamidun yang sangat sinonim dengan zikir terapi serta pernah memenangi Susunan Vokal terbaik di dalam lagu pada Anugerah Industri Muzik Malaysia.

“Kelebihan dari alunan zikir ini juga satu terapi yang mempunyai kaitan dengan psikoterapi. Penonton akan dibawa ke satu dimensi dan menikmati satu pengalaman luar biasa.

Advertisements

“Saya berharap konsert ini dapat memberi impak dan mencipta momen ketenangan yang menyentuh serta membangkitkan jiwa,” katanya.

Konsert ini juga bakal diiringi persembahan muzik live band dari kumpulan chaan dan leman band yang menggabung elemen-elemen tradisional, moden dan fusion.

Mungkin ada beranggapan zikir kebiasaannya suatu bahan amalan yang berat untuk di pentaskan, namun dengan konsert ini penonton akan dibawa untuk merasai dan menjadi saksi bahawa penggabungan bunyi dan mesej jika di bawa dengan unik dan indah, ianya akan memberi pengalaman yang luar biasa buat penonton.

Antara artis-artis yang akan menjayakan konsert ini ialah Lan solo, Zehra Zambri, Aniq Muhai, Dr Fitri Haris, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Ustaz Tarmizi, Ustazah Sofiza, kumpulan Rabithah dan ramai lagi.

Bagi yang ingin menyaksikan Konsert Mega Zikir Terapi tiket boleh didapatkan menerusi laman web http://t2u.asia/e/32067. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan