29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

LTDL 2023: Beberapa laluan di Selangor akan ditutup, dilencongkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA laluan melibatkan tujuh daerah di negeri ini akan ditutup serta dilencongkan bagi kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTDL) pada 27 dan 30 September ini.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menerusi kenyataan berkata, kejohanan berkenaan akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di daerah di dalam Selangor di peringkat 5 dan peringkat 8.

“Berikutan itu, penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat bagi semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh JSPT Selangor dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kelancaran lalu lintas serta keselamatan di lokasi yang terlibat,”menurut kenyataan itu.

JSPT berkata, pada peringkat perlumbaan yang ke- 5, laluan Selangor melibatkan jarak sejauh 87.5 kilometer bermula di Behrang Station, Proton City, Kampung Kerliang, Kerling, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Serendah, Rawang bypass, Jalan Batu Caves (MRR2), Jalan Gombak Lama, dan Genting Sempah.

“Bagi peringkat ke 8, laluan Selangor melibatkan jarak sejauh 152.2 kilometer bermula di Setia Alam Convention Centre, Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Jalan Bukit Cerakah, Meru, Kapar, Jeram, Sg Buloh, Assam Jawa, Kuala Selangor, Jalan Bukit Belimbing, Jalan Raja Musa, Jalan Rawang, Jalan Bukit Badong, Bestari Jaya, Kampung Sungai Perlong, Paya Jaras, Jalan Kuala Selangor, MRR2, dan Jalan Ampang.

Advertisements

“Daerah-daerah yang terlibat dengan laluan seperti Hulu Selangor, Gombak, Shah Alam, Klang Utara, Kuala Selangor, Sungai Buloh dan Ampang,”katanya.

Katanya, kedua peringkat ini akan dilepaskan di dua lokasi berbeza.

“Bagi pelepasan peringkat lima pada 27 September ini, akan dijalankan di Slim River Perak untuk laluan ke Genting Highlands kira-kira jam 10 pagi.

“Untuk pelepasan peringkat lapan pada 30 September akan bermula di Setia City Convention Centre untuk laluan ke KLCC, Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah hari,”katanya.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan