33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kanak-kanak lari bertongkat dapat perhatian KBS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KISAH kanak-kanak menamatkan saingan acara larian 100 meter dengan bertongkat mendapat perhatian daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kanak-kanak tersebut, Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, telah dibawa bertemu pakar prostetik untuk penilaian bagi menentukan jenis prostetik yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai aktiviti sukan.

“Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya.

“KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik adik Aqil yang memerlukan kaki palsu paras pinggul (hip disarticulation prosthesis),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Video Muhammad Aqil Naufal tular di media sosial baru-baru ini ketika menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut. 

Advertisements

Kanak-kanak itu dilihat didorong oleh gurunya, Intan Zulailkha Jusoh yang turut berlari bersamanya. 

Beliau diiringi ibunya, Noorhafizah Mat Desa, Intan Zulailkha Jusoh dan seorang lagi guru, Mohd. Razif Ibrahim yang membimbingnya untuk perlumbaan.

Sementara itu, pakar perubatan sukan ISN, Dr. Ahmad Munawwar Helmi berkata, pihaknya akan melakukan tindakan susulan bagi memastikan Muhammad Aqil Naufal menerima sokongan sewajarnya.

“Kami membuat susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi,” kata Dr Ahmad Munawwar Helmi, pakar perubatan sukan di ISN. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan