31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tempoh sah laku sijil kahwin di peringkat kajian – Jakim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TEMPOH sah laku bagi Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam sehingga tempoh 10 tahun seperti yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin, masih di peringkat kajian.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Namun katanya, ia masih lagi dalam peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan.

“Cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.

Advertisements

“Jakim akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini apabila ianya dimuktamadkan bersama pihak berkuasa agama negeri kelak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail pada Rabu lalu dilaporkan berkata, tempoh sah laku sijil Kursus Pra Perkahwinan Berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBPKI) bagi tujuan permohonan kebenaran berkahwin jabatan agama itu tidak melebihi tempoh 10 tahun.

Katanya, ia bagi pemohon berstatus teruna atau dara sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Persidangan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke-2/2023 pada 22 Februari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan