28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Erra terkilan dikaitkan dengan penceraian bekas suami

Mesti Baca

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira terkilan apabila ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan penceraian bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Noor Nabila.

Erra berkata, kenyataan yang mendakwa dia mendedahkan “sikap sebenar” Engku Emran susulan penceraian pasangan itu adalah sesuatu yang tidak benar.

“Jangan macam ini… Nak sensasi pun, jangan buat fitnah! Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini,”katanya.

Pemilik nama Fazira Wan Chek itu berkata, Engku Emran masih bapa kepada anaknya.

Dia juga menyeru orang ramai agar tidak membuat kenyataan tidak wajar mengenai kisah hidup seseorang yang mereka tidak tahu.

Erra berkata, dia tidak akan berbuat perkara yang melanggar batas.

“Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan.

“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang kerana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” luahnya di Instagram.

Advertisements

Erra memuat naik kata-kata itu mengiringi hantaran sebuah laporan dipercayai dari media sosial yang memaparkan dia didakwa mendedahkan punca penceraian Engku Emran dengan kakak Neelofa itu.

Semalam, Engku Emran, 48, melafazkan cerai talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Penceraian berlaku selepas Noor Nabila, 39, pada minggu lalu mendedahkan keputusan itu diambil selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari lalu.

Noor Nabila dan Engku Emran bernikah pada 19 Mac 2021. Ia adalah perkahwinan ketiga buat Noor Nabila selepas berpisah dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup dengan Sharnaaz, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan mereka sah bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Emran dan Erra dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia 14 tahun.

Sebelum menikahi Noor Nabila, usahawan itu berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017. Perkahwinan itu juga berakhir dengan penceraian pada 2020. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan