32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Rempuh sekatan jalan: Pasangan kekasih ditahan bersama syabu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERETA peronda polis mengejar sebuah kenderaan mencurigakan dinaiki pasangan kekasih warga asing sejuah 20 kilometer (km) sebelum suspek terbabas berhampiran Kampung Olak Lempit, Kuala Langat awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pasangan berkenaan kemudiannya ditahan bersama dadah jenis syabu.

Bagaimanapun dua lagi individu berjaya melarikan diri.

Menurut beliau, sebelum kejadian berlaku polis menahan kenderaan pelbagai guna(MPV) jenis Toyota Vellfire yang dinaiki empat suspek yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Persiaran Apec, Cyberjaya pada kira-kira jam 11.30 malam tadi.

“Anggota polis kemudiannya meminta pemandu kenderaan tersebut untuk mengemukakan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu namun tidak diendahkan suspek dan secara tiba-tiba kenderaan telah dipecut laju bagi melarikan diri.

“Kereta peronda polis kemudiannya mengejar kenderaan tersebut melalui Lebuhraya Putrajaya sehingga ke susur keluar Plaza Tol Serenia, Dengkil sebelum merempuh palang tol tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Advertisements

Ingin mengelak daripada ditahan, Wan Kamarul Azran berkata, kenderaan tersebut yang kemudian melalui Jalan Dengkil-Banting turut merempuh sekatan jalan raya.

“Selepas polis mengejar suspek selama 40 minit, iaitu sejauh 20 kilometer,  kenderaan dinaiki empat suspek telah hilang kawalan dan terbabas di kawasan berhampiran Kampung Olak Lempit.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, polis menahan dua suspek yang merupakan pasangan kekasih warga asing berumur 32 dan 21 tahun pada jam 12.20 pagi namun dua lagi individu berjaya melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan turut membawa kepada penemuan dua bungkusan plastik lutsinar yang berisi dadah disyaki syabu dengan anggaran berat 103.61 gram,”katanya.

Katanya, semakan mendapati pasangan kekasih itu hanya memiliki salinan pasport tetapi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Berikutan itu, mereka disiasat di bawah Seksyen 186/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung jika disabitkan kesalahan. –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan