Tuesday, July 21, 2026

Lima lelaki jadi ‘orang tengah’ minta rasuah direman 6 hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA lelaki yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ meminta rasuah bagi selesaikan kes pemandu mabuk direman selama enam hari.

Perintah reman ke atas kesemua suspek berusia 24 hingga 30 tahun itu dibuat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman berkenaan telah dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Permohonan reman dibuat bagi siasatan dijalankam dibawah seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM Johor menahan lima suspek tersebut di pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 8 malam kerana dipercayai meminta rasuah berjumlah RM3,000.

Difahamkan, kesemua suspek bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan satu kes kesalahan di bawah seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan